Friday, October 8, 2010

Lurus

minat aku terhadap ilmu-ilmu ghaib amatlah tinggi. aku dah terbiasa membaca kisah-kisah seram hasil tulisan Tok Awang Ngah dan Tamar Jalis. cerita-cerita seram mereka memang menaikkan semangat aku untuk berubah menjadi lebih baik. aku kira, hasil penceritaan kisah mereka secara tak langsung memberi kesan yang posotif kepada pembaca seperti aku.

sebagai lelaki, aku juga ada perasaan ingin menjadi hebat. hebat dengan ilmu dunia dan akhirat. tapi kadang kala tak semua ilmu boleh dipelajari begitu saja. yang paling susah ialah untuk membersihkan hati. bagaimana nak kawal hati sedangkan aku selalu mengikut hati.

aku rasa keadaan diri aku yang terbaik adalah semasa aku berumur 15 tahun. dan sekarang hidup aku seperti kosong. banyak tanggungjawab yang aku lalaikan sebenarnya. hanya aku dan Allah saja yang tahu. orang mungkin melihat aku seperti manusia biasa. tapi aku setiap hari berasa kosong.

aku seperti tiada pendirian yang tetap. sekejap berubah dan tak boleh kekal dengan satu keputusan hingga akhir. pegangan aku tak kuat dan jiwa aku sangat lemah. itulah aku.

hari-hari yang berlalu aku biarkan begitu  saja. masa-masa yang ada langsung tak diisi dengan sebaiknya. aku seolah-olah terpinga-pinga tak tahu apa nak buat. senang cerita, aku banyak buang masa dengan benda-benda yang tak berfaedah. aku tak bileh begini selamanya. aku ada anak dan isteri yang perlu diberi perhatian. mereka mengharapkan aku sebenarnya. tapi aku hanya memikirkan tentang diri sendiri saja.

mungkin ni yang dikatakan penyakit jiwa. aku pun tak tahu.

sebenarnya aku sangat berkehendakkan untuk menjadi lelaki yang menjadi idola kepada anak dan isterinya. aku selalu membaca kisah-kisah seperti ni dan aku berasa kagum dengan lelaki yang macam tu. punca masalah aku ialah aku telah jauh daripada Tuhan ku.

Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan yang lurus.

No comments:

Post a Comment