Thursday, November 25, 2010

Benar

Bila melihat telatah anak kecil, terus aku teringat anakku yang berumur 4 bulan. Sesungguhnya perasaan tu sangat berbeza bila telah mempunyai anak sendiri.

Aku yakin bahawa perasaan itu datang dari Yang Maha Pengasih. Tiba-tiba aku berasa sebak kerana mula menyedari betapa diri aku tiada apa-apa pun. Sampaikan perasaan kasih melihat anak-anak kecil juga bukan milik aku. Betapa kayanya Pemilik jiwa ini.

Aku memang suka berfikir menjurus ke arah itu. Aku ingat lagi, waktu isteriku mengandungkan si kecil itu aku dapat melihat imbasan 'ultra sound'. Apa yang jelas kelihatan adalah jantungnya berdenyut. Aku cuba kawal perasaan sendiri waktu tu supaya kelihatan seperti tiada apa-apa. Sebenarnya mata aku dah berlinang. Bukan aku rasa sangat sayu. Inilah asal usul kejadian manusian. Maha Benar kata-kataNya dalam apa yang tertulis ribuan tahun dulu.

Sehingga kini, bila aku memandang mana-mana si kecil aku akan terus teringat kepada anakku. Satu ciptaan yang sempurna dari Yang Maha Sempurna.

Sunday, November 21, 2010

Akal

Ilmu agama bukanlah suatu ilmu yang menggunakan logik akal semata-mata. Ia juga bukan ikutan hati semata-mata. Aku sedar dan faham bahawa niat ini perlu diperbetulkan sejak awalnya. Jika ingin menuntut ilmu semata-mata untuk menjadi hebat itu bukan ikhlas.

Semua orang sedar dan tahu bahawa Allah itu Maha Hebat. Jadi untuk apakah kita jadi hebat? Jika kita jadi hebat juga, itu adalah atas kehendak Allah semata-mata.

Aku adalah seorang yang lemah dan tak punya apa-apa pun disisiNya, yang sentiasa mengharapkan rahmat dan petunjuk dari Nya.

Masa

Sepanjang tempoh aku tak menulis blog ni, aku banyak berfikir. Dalam masa yang sama aku rasa aku masih banyak buang masa.

Aku masih dalam pencarian, siapa aku sebenarnya. Ilmu takkan datang bergolek tapi perlu dituntut. Dalam jalan menuntut ilmu pasti ada pelbagai halangan. Sebenarnya perasaan ingin mengenali diri ini teramatlah kuat. Aku harap suatu hari nanti aku dapat bertemu dengan orang yang dapat menunjukkan dan memimpin aku ke jalan yang lurus. Sesungguhnya aku terasa amat bodoh sekali.

Setiap hari aku memikirkan bagaimana untuk mengenali diri ini. Siapa 'aku' dalam aku? Bagaimana untuk mengenal 'aku' dengan lebih mendalam. Aku yang ada ini tiada satu petunjuk pun untuk mengenali 'aku' di dalam ini.

Semoga suatu hari nanti Allah akan temukan aku dengan seseorang yang dapat membimbing diri ini untuk mengenali 'aku'.